The most importing thing in my life is Education !

wanna like ?

stalker

8.17.2012

Koleksi Pantun Raya


ain ade beberapa pantun raya yang hendak dikongsi . actually nie bukan ain yang reka okeyh ? ain tak pandai dalam babII pantun . nie semua ain ambil dari FB , TWITTER and beberapa BLOG yg menarik perhatian ain!

 Sungai disusur setiap hari ;
Dalam gelap menangkap ikan ;
Saya menyusun sepuluh jari ;
Salah dan silap harap maafkan .

Adik tersayang segak bergaya ;
 Mengait kuih di atas para ;
 Suasana riang di hari raya ;
 Bermaaf-maafan riang gembira .

ISNIN cari SELASA ;
nak tanya nampak tak RABU ;
agar ingatkan KHAMIS beritahu ;
JUMAAT supaya tak lupa ;
mesej kat SABTU ;
yang AHAD dah raya !

 Ramadhan berlalu , semoga bertemu kembali ;
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri
salah & silap harap dimaafi
Roti sebuku , Petai sepapan ;
Daun ketupat , Daun Palas ;
SMS pengganti kad ucapan ;
Tanda ingatan tulus iklas .
Pasang pelita di Aidilfitri ;
nampak halaman berseri-seri ;
SMS diberi penganti diri ;
Segala silap mohon dimaafi .

Bunyi mercun menyakitkan telinga ;
Aku melatah bagai nak gila ;
Rupanya dah nak cukup sebulan berpuasa ;
Maknanya raya dah nak tiba .

jambangan indah lagi berseri ;
menjadi hiasan di aidil fitri ;
sms ku kirimkan pengganti diri ;
tanda ingatan tak lupa dihati .

Bila nak raya tertanya-tanya ;
Tiada anak bulan , maka rayanya lusa ;
Banyak bicara banyak dosanya ;
wahai teman , maafkan saya .
 Masak lemang sambil berdiri ;
Hendak dimakan di AIDILFITRI ;
Nak hantar kad raya , posmen dah cuti ;
SMS sahaja dapat ku beri ;
Bukan lupa tradisi ;
tapi ikut teknologi terkini yang ada di hujung jari ;
SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ….. 
(nama penghantar dan family)
Ada ketikanya;
Mata silap memandang ; 
Telinga silap mendengar ;
Lidah terlanjur kata ;
Fikiran khilaf menafsir ;
dan Hati silap menduga ;
Mohon maaf atas segalanya ;
Salam AidilFiri ♥

rasenya , tue je lhaa ain boleh share dengan korang semua ! sebenarnya banyak lagi ! korang boleh google kalau rase pantun nie tak menarik ! k, wsalam ♥
















No comments:

Post a Comment

eyhh ! ade budak comel komen lhaa