The most importing thing in my life is Education !

wanna like ?

stalker

9.29.2012

Tak semua perkara INDAH ♥


hai sweetie ! okayhhh , meyhh kita ramai-ramai dengar satu cerita daripada seorang rakan Ain . pity her ! selalu disisihkan oleh rakan-rakannya ! the story is :

Myrna(nama samaran) seorang pelajar yang cemerlang . bukan sahaja dalam akedemik malah dalam sukan juga dia mampu membuat sesuatu yang membanggakan. dia selalu diberi perhatian oleh cikguII . biaselah budak pandai memang selalu diberi perhatian , rite ? dia tiada kawan baik sehingga sekarang. ohh lupaa nak cakap umur dia sekarang 13 tahun.
Myrna tidak lhaa mempunyai rupa paras yang cantik. tidak juga berkulit cerah. seorang yang agak panas baran. 

apabila dia memasuki alam sekolah menengah, lagi banyak cabaran yang diterima ! sangat menduga kesabarannya ! rakan-rakannya hanya berkawan dengan dia apabila mereka memerlukan bantuan Myrna dalam sesuatu subjek ! dan apabila mereka dah dapat jawapannya , mereka akan meninggalkan Myrna sendirian tanpa teman. mereka hanya perlukan Myrna disaat mereka dalam kesusahan dan memulaukan Myrna apabila mereka dapat kesenangan.

Myrna sering mendapat no. 1 dalam kelasnya. dan disebabkan perkara nie lhaaa dia dicemburui oleh rakan-rakannya . Mereka tidak suka Myrna mendapat no. 1 di dalam kelas . Mereka menanggap Myrna pasti Berlagak Sombong bila dia mendapat no. 1 dalam kelas. tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya ! Myrna masih merendah diri. Tetapi rakan-rakanya tetap melakukan perkara sebegitu kepadanya. Myrna masih bersabar dengan tingkah laku rakan-rakannya.

Kadang-kadang rakan-rakannya menceritakan keburukan Myrna kepada guru-guru di sekolah. menceritakan segala yang tidak betul kesahihannya ! kasihan dia , terpaksa menghadapi cabaran yang cukup berat ini ! tetapi dia tetap bersabar ! dia tidak ada rakan baik untuk meluahkan segala keresahan di hati . untuk meluahkan kepada family juga mustahil , kerana ini hal peribadinya di sekolah.

ada seorang seniornya di sekolah ( form3) , menghina & menganiayanya di belakang. apabila Myrna dilantik menjadi pengawas , seniornya mengatakan dibelakangnya bahawa dia merupakan BARUA ANJING ! korang mesty tahu kan apa maksud nya ? agak kasar bunyinya ! banyak lagi seniornya berkata-kata kesat di belakang MYRNA . tetapi myrna tahu apa yang diperkatakan oleh seniornya itu !

~END OF THE STORY~

  • Sebagai intihanya , korang jangan pernah anggap orang yang pandai niey , hidupnya cukup bahagia ! banyak benda yang korang taktahu tentang dalamannya !
  • kita boleh mencemburui kejayaan & kebahagian seseorang tue ! tetapi bukan dengan memulaukan orang dicemburui ! kasihan mereka ! kita mestilah berusaha untuk mendapat kebahagian & kejayaan seperti mana orang itu mendapatkan kejayaannya !
  • Bukan senang hendak  berjaya , bukan senang juga jika kita menjadi seorang yang pandai . seseorang itu boleh menjadi pandai disebabkan dia berusaha dengan tekun !
  • semua orang pandai . cuma yang membezakannya ialah cara dia menggunakan kepandaiannya ! sama ada di jalan yang benar atau di jalan yang salah !
  • jangan pernah melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan-rakan Myrna ! kerana hidup di dunia ini ibarat roda ! mungkin suatu hari nanty rakan-rakan Myrna akan mengalami perkara yang sama tetapi dengan cabaran yang lebih berat ! 
  • so, kalau nak jealous dengan kawan pown , jgn lhaa buwad perkara yang BODOH ! takut terjadi kat diri sendiri nanty ! fikir-fikirkanlhaa !



No comments:

Post a Comment

eyhh ! ade budak comel komen lhaa